×

WAKTU OPERASI PEJABAT

Isnin : 9.00am - 5.00pm
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : TUTUP
Ahad : TUTUP

WAKTU OPERASI MUZIUM

Isnin : TUTUP
Selasa : 9.00am - 5.30pm
Rabu : 9.00am - 5.30pm
Khamis : 9.00am - 5.30pm
Jumaat : 9.00am - 5.30pm
Sabtu : 9.00am - 5.30pm
Ahad : 9.00am - 5.30pm

FORGOT YOUR DETAILS?

Drs Mohd Nasruddin bin Rahman

Drs. Mohd. Nasruddin bin Rahman, mula menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar PERZIM pada tahun 2018.   Graduan Sarjana (Sejarah) dari Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia ini telah berkhidmat dan mencurah bakti dengan kerajaan sejak tahun 1994

Seorang yang berpengalaman luas dan pakar dalam bidang sejarah, konservasi serta arkeologi.  Beliau seringkali diundang untuk memberikan khidmat nasihat berhubung hal-hal warisan.  Antara kejayaan beliau adalah membantu Jabatan Warisan Negara melaksanakan projek pembinaan semula Tembok Kota Middleburgh di Jalan Kota, Melaka dan pemeliharaan Rumah Penghulu Mat Natar.

Beliau sangat aktif dalam menggerakkan kajian mengenai pembuktian sejarah untuk didokumentasikan.  Beliau pernah melaksanakan ekskavasi arkeologi untuk mengenalpasti bahan binaan dan asal sesuatu monumen.

Beliau diberi kepercayaan di peringkat negeri dan kebangsaan dengan dilantik untuk menganggotai Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia, Jawatankuasa Pakar Warisan Objek Ketara, Jawatankuasa Eksekutif Pelaksanaan Pembangunan Kawasan Warisan Bandaraya Melaka, International Council on Monuments and Sites (ICOMOS Malaysia), Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia dan Persatuan Muzium Malaysia.

 

Umur : 53 Tahun
Alamat : Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota, 75450 Melaka
Telefon : +6062856645 / +6062826745 / +6012-6932769
Email : [email protected]

Pengalaman

1994 : Pegawai Projek, Jabatan Arkib Negara Malaysia

1995 : Pegawai Projek, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

1998 : Kurator, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

2013 : Pengurus, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)

2018 : Kurator, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

2019 : Pengurus, Institut Warisan Melaka (INSWA)

Mac 2019 - kini : Pengurus Besar, Perbadanan Muzium Melaka

TOP Skip to content