Nyanyian lagu orang Portugis banyak berkait rapat dengan dunia kelautan atau kehebatan angkatan tentera laut Portugis pada zaman dahulu. Antara lagu-lagu tersebut ialah ‘Ala Merineyeros’ yang asasnya bermaksud ‘Oh Tenteraku’ manakala lagu ‘Norude Mantiquera’ yang juga membawa pengertian yang serupa, seperti ‘Wahai Tenteraku’. Lain-lain lagu ada yang bercorak cinta seperti ‘Amor’ dan ‘Flores Yeo Kubisa’. Manakala lagu-lagu bagi orang-orang muda adalah seperti ‘Cora Yo Ter Bai Cangkol’, ‘Corante de Ledrang’, ‘Oh! Amor’ dan ‘Nina Boboi’.
Sedikit bait-bait lagu malar segar yang dimainkan hingga kini, ‘Jingkli Nona’:
Jingkli nona, Jingkli nona,
Yo kereh kazah,
Kaza nunteng porta nona,
Klai lagu pasha.
Teng kantu teng,
Kantu teng falah nunteng,
Amor, minya amor,
Amor minya korasang.