Masyarakat Portugis di Melaka menganut agama Kristian bermazhab Katolik sejak zaman nenek-moyang mereka lagi. Mereka dikenali sebagai penganut yang taat pada ajaran agama. Di kebanyakan rumah masyarakat Portugis mempunyai berhala “shrine of our lady”. Mazhab ini dibawa oleh askar-askar dan para pedagang Portugis ketika era penjajahan terhadap Melaka dan kekal sehingga ke hari ini. Meskipun pada awalnya mendapat penentangan daripada Belanda yang bermazhab Protestan semasa pendudukan Belanda di Melaka, namun mazhab ini dapat dipertahankan.
Antara gereja-gereja lama yang dibina oleh Portugis ialah Gereja St. Paul yang dikenali sebagai ‘Our Lady’. Lain-lain gereja Portugis seperti Gereja St. Peter, Gereja St. Francis, Gereja St. Lawrence, Gereja Assumption, Gereja Santa Cruz, Chapel of the Sacred Heart dan lain-lain lagi.