×

WAKTU OPERASI PEJABAT

Isnin : 9.00am - 5.00pm
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : TUTUP
Ahad : TUTUP

WAKTU OPERASI MUZIUM

Isnin : TUTUP
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : 9.00am - 5.00pm
Ahad : 9.00am - 5.00pm

FORGOT YOUR DETAILS?

MUZIUM & GALERI

kami mempunyai 4 Muzium Negeri, 12 Muzium Warisan, 4 Muzium daerah, 8 Galeri dan 2 balai.

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah.

Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahun berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan.

Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.

MUZIUM SAMUDERA (REPLIKA FLOR DE LAR MAR)

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

MUZIUM SEJARAH & ETNOGRAFI

Muzium Sejarah dan Etnografi terletak di bangunan Stadthuys juga dikenali sebagai Rumah Merah. Ia dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1950-an.

Mempamerkan sejarah awal penubuhan negeri Melaka sehingga ke zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Di kompleks muzium ini pelawat turut boleh mengunjungi Muzium Pendidikan, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Tuan Yang Teruatama dan Galeri Laksamana Cheng Ho.

MUZIUM KAPAL SELAM

Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

HANG TUAH CENTRE

Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2013 merupakan satu inisiatif untuk mengangkat kampung tersebut sebagai tempat kelahiran Hang Tuah sepertimana terdapat dalam catatan sejarah.

Terdapat beberapa elemen dalam pembangunan perkampungan ini meliputi Muzium Hang Tuah, rumah lima pembesar iaitu rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi Hang Lekir dan Hang Lekiu iaitu di dalam satu komponen Hang Tuah Centre (HTC).

MUZIUM RAKYAT

Bangunan tiga tingkat yang pernah menjadi pejabat pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) ini telah dijadikan Muzium Rakyat di aras satu, Muzium Layang-Layang di aras dua dan Muzium Kecantikan di aras tiga. Turut menempatkan beberapa galeri tokoh seperti Galeri Tan Sri Aziz Tapa dan Galeri Datuk Wira Borhan Md. Yaman. Selain itu turut ditempatkan Galeri 3D dan Galeri Eurasian.

MUZIUM SASTERA

Bangunan bercirikan seni bina Inggeris ini telah dijadikan sebagai Muzium Sastera Melaka dan dirasmikan pembukaannya pada tahun 1984 oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Zin bin Ab. Ghani. Sejarah kesusasteraan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita rakyat, tokoh-tokoh penulis Melaka, perkembangan kesusasteraan Melayu moden, menjadi fokus utama muzium ditambah lagi dengan pameran pelbagai koleksi asal manuskrip tulisan tangan dan juga koleksi pelbagai karya penulis-penulis tempatan.

MUZIUM PENDIDIKAN

Bangunan yang menempatkan Muzium Pendidikan Melaka telah dibina oleh British pada tahun 1884. Fokus utama muzium ini adalah berkaitan sejarah pendidikan di Melaka bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan British, pendidikan di zaman Jepun, pendidikan selepas merdeka serta pendidikan masa kini termasuk peranan institusi perguruan dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dalam memacu kemajuan pendidikan negeri.

MUZIUM YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

Sejarah dan perkembangan Institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka kini terpahat di dalam sebuah bangunan indah yang dahulunya dikenali sebagai Seri Melaka.Sebelum dijadikan sebuah muzium, bangunan ini berfungsi sebagai kediaman rasmi dan pejabat Yang di-Pertua Negeri sehingga tahun 1996.Fokus utama muzium adalah berkaitan peranan dan sumbangan Yang di-Pertua Negeri Melaka bermula dari Tun Leong Lew Koh (Gabenor pertama) sehingga era Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dalam menerajui negeri.Kegunaan asal ruang-ruang di muzium ini dikekalkan dengan mempamerkan pelbagai koleksi milik peribadi setiap Yang di-Pertua Negeri.

MUZIUM ISLAM MELAKA

Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bangunan ini adalah tinggalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamannya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara.Antara koleksi yang dipamerkan adalah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid-masjid di Melaka, replika Pedang Rasulullah SAW, kitab-kitab agama dan tokoh-tokoh agama serta ulama dari Melaka dan Malaysia.

TOP