×

WAKTU OPERASI PEJABAT

Isnin : 9.00am - 5.00pm
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : TUTUP
Ahad : TUTUP

WAKTU OPERASI MUZIUM

Isnin : TUTUP
Selasa : 9.00am - 5.30pm
Rabu : 9.00am - 5.30pm
Khamis : 9.00am - 5.30pm
Jumaat : 9.00am - 5.30pm
Sabtu : 9.00am - 5.30pm
Ahad : 9.00am - 5.30pm

FORGOT YOUR DETAILS?

Info Muzium

Latar Belakang PERZIM.

Muzium Melaka pertama yang lebih dikenali sebagai Sekolah Gambar mula beroperasi pada tahun 1954 hasil usaha dan kerja keras pegawai British dan Rakyat tempatan melalui Persatuan Sejarah Melaka dan bantuan bahan dari Muzium Negara dan terletak di Jalan Kota, Melaka. 

Di bawah Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 pelbagai usaha dijalankan termasuklah mengumpul dan mempamerkan koleksi sejarah dan warisan budaya Melaka untuk tatapan rakyat tempatan dan pelancong asing yang mengunjunginya. Pentadbiran harian dikendalikan oleh seorang berjawatan Setiausaha secara sukarela dengan kakitangan pengawas yang diambil dari kalangan anak jati Melaka yang bertugas di Muzium Negara, Kuala Lumpur. 

Pindaan Enakmen dibuat pada tahun 1984 bagi membolehkan bidang permuziuman diperluas dengan pengujudan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator. 

Selaras dengan aspirasi kerajaan negeri agar bidang permuziuman dipergiat seiring Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan sejarah, maka pindaan Enakmen dibuat iaitu Enakmen Perbadanan Muzium Melaka bil. 11 tahun 1992 yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993. 

Penubuhan ini juga membolehkan Ketua Eksekutif dipinda kepada Pengurus Besar dan ini membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjadi sebuah badan korporat yang dapat memajukan bidang permuziuman dalam konteks pembangunan pendidikan dan pelancongan.

Fungsi

Mengumpul , memulihara dan menyalurkan maklumat atau bahan secara professional dan berkualiti berkaitan warisan sejarah untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Visi

Untuk menjadikan sektor permuziuman di Negeri Melaka sebagai sektor pendidikan dan pelancongan bertaraf dunia.

Misi

Untuk menyemarakkan sektor pendidikan dan pelancongan melalui pembangunan muzium-muzium dan tempat-tempat bersejarah secara profesional dan berkualiti.

OBJEKTIF

Untuk membantu, mengusaha, memaju dan menyelaraskan perkembangan muzium dalam negeri serta melaksanakan garis panduan pengendalian muzium dengan berkesan ke arah melahirkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

Untuk mengembangkan, memulih dan memelihara suatu koleksi negeri merangkumi :

icon-airfare.png

Bahan Sejarah

Bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan, flora dan fauna yang terdapat di Malaysia dan negeri;

icon-car.png

Koleksi

Mempamerkan koleksi-koleksi sedemikian untuk faedah dan makluman awam ke arah menjadikan PERZIM sebagai institusi pendidikan yang inovatif dan efisien;

icon-hotel.png

Sejarah

Sejarah perkembangan politik, social dan ekonomi bagi Malaysia dan negeri.

icon-cruise.png

Pusat Penyelidikan

Pusat penyelidikan dan rujukan saintifik serta kajian ilmiah mengenai sejarah tamadun manusia yang memberikan tumpuan khas kepada negeri dan menyebarkan penemuan penyelidikan

CARTA ORGANISASI

Untuk besarkan Carta, sila tekan pada photo di atas.

STRUKTUR ORGANISASI

Lembaga Pengarah PERZIM diketuai oleh seorang Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan 18 orang ahli termasuk seorang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada pelbagai agensi dan individu seperti yang terkandung di para 3 (2) Enakmen Perbadanan Muzium Melaka Bilangan 11 Tahun 1992. Lantikan dibuat tiap-tiap tahun. 

Perbadanan Muzium Melaka  mempunyai 5 bahagian di dalam pentadbirannya seperti berikut: 

  • Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia
  • Bahagian Permuziuman 
  • Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Pengurusan Koleksi
  • Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

PERANAN PERZIM

  • PERZIM adalah agensi yang telah dipertanggungjawabkan di dalam memulihara warisan nyata dan tidak nyata berdasarkan Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 (pindaan 2008)
  • Sehingga kini PERZIM telah mewartakan Zon Warisan, Kampung Warisan, Masjid, bangunan dan monumen di bawah enakmen ini.
  • Pewartaan ini bertujuan adalah untuk memulihara dan mengekalkan warisan sejarah untuk tatapan dan rujukan generasi yang akan datang.
TOP Skip to content