Secara reality kuih-muih masyarakat kampung adalah masakan yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Walaupun dikategorikan sebagai masakan sampingan ia menjadi keutamaan dalam hidangan keluarga sebagai juadah sarapan hingga ke minum petang serta pelbagai acara keramaian seperti Hari Raya Aidilfitri dan kenduri kendara. Meneliti ciri-ciri kuih muih tradisional, didapati ramuan membuat kuih muih hampir sama jenisnya hanya cara olahannya sahaja yang sedikit berbeza sehingga menghasilkan kuih muih yang pelbagai rasa dan rupa.