Perkataan muzium diambil dari istilah "muse" yang berasal dari "Muses" iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Zeus mengikut mitologi Yunani Dewa Zeus dikatakan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. Berasaskan mitologi ini wujud istilah "museion" dalam bahasa Yunani yang bermaksud "tempat tinggal muses". Di Malaysia muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum menyibarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong.
Ya. Pihak Perbadanan Muzium Melaka menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi. Sila berhubung dengan Bahagian Pendaftaran, Perbadanan Muzium Melaka untuk urusan sumbangan koleksi artifak.
Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium/galeri yang ingin dilawati dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi unit Promosi kami di talian +606 282 6526
21 Muzium, 5 Galeri dan 1 Balai Seni
Suatu tindakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu elemen atau sekumpulan elemen baru atau rosak, stabil atau tidak stabil terhadap warisan sejarah supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipamerkan kepada masyarakat.