Menghias rumah juga merupakan antara tradisi yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri. Antara aktiviti yang dilakukan untuk menghiasi rumah ialah dengan pemasangan pelita. Pelita di pasang di sekeliling rumah bagi memeriahkan lagi suasana raya itu. Pelita yang dipasang juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Pelita ini biasanya di diikat di pagar-pagar rumah ataupun ditusuk di tanah. Selain itu, bagi menceriakan lagi dalaman rumah kain langsir, cadar sofa atau kerusi akan ditukar baru dan lebih cantik. Karpet baru juga akan dibentangkan. Dinding-dinding rumah juga akan dihiasi dengan kad raya yang kebiasaannya mengandungi ucapan hari raya. Kad raya terdapat dalam pelbagai saiz, warna dan corak dan ini akan menceriakan lagi suasana rumah semasa hari raya.