Bahasa tradisional orang-orang Portugis di Melaka ialah bahasa “Cristao” atau disebut sebagai “Kristang”, terdapat juga yang menyebutnya sebagai “Papiah Portugis Melaka” atau “Papiah Portugis”. Bahasa ini merupakan bahasa klasik Portugal yang sukar difahami oleh orang Portugal pada masa kini. Bahasa ini tidak dipelajari di sekolah namun menjadi pertuturan lisan dan diturunkan dari generasi ke generasi di Perkampungan Portugis. Bahasa ini dituturkan melalui percakapan antara jiran tetangga atau apabila masyarakat Portugis bertemu sesama mereka dan kekal sehingga ke hari ini.
Kini, akibat pergaulan dengan masyarakat setempat yang berbilang bangsa, bahasa Kristang/Papiah Portugis walaupun masih digunakan namun masyarakat Portugis di Melaka turut menggunakan bahasa lain seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian mereka.
Contoh-contoh bahasa Kristang/Papiah Portugis:
Yo - Saya Femi - Perempuan
Bo, Bos - Kamu Albi - Pokok
Meza - Meja Kuleh - Sudu
Abo - Nenek Amiang – Esok
Janela - Tingkap Bengfeta - Cantik