×

WAKTU OPERASI PEJABAT

Isnin : 9.00am - 5.00pm
Selasa : 9.00am - 5.00pm
Rabu : 9.00am - 5.00pm
Khamis : 9.00am - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 5.00pm
Sabtu : TUTUP
Ahad : TUTUP

WAKTU OPERASI MUZIUM

Isnin : TUTUP
Selasa : 9.00am - 5.30pm
Rabu : 9.00am - 5.30pm
Khamis : 9.00am - 5.30pm
Jumaat : 9.00am - 5.30pm
Sabtu : 9.00am - 5.30pm
Ahad : 9.00am - 5.30pm

FORGOT YOUR DETAILS?

GALERI WARISAN PORTUGIS

Pakaian Masyarakat Portugis

Secara umumnya tidak banyak perbezaan pakaian kebudayaan yang dipakai oleh masyarakat Portugis dengan pakaian penduduk tempatan. Wanita mengenakan pakaian kebaya labuh dengan kain batik sarung dilengkapi dengan kerongsang dan rambutnya dirapikandengan cucuk sanggul. Manakala pakaian lelaki ialah seluar panjang atau pendek yang biasanya berwarna putih atau gelap dan baju kemeja berlengan pendek. Kaum lelaki juga memakai pakaian bercorak seperti pijama.

Bagi upacara perkahwinan, pakaian wanita ialah baju kebaya labuh dan kain sutera berwarna putih serta mengenakan kasut manik. Manakala pengantin lelaki pula akan mengenakan suit hitam, kemeja putih, bow di leher dan juga topi bulat yang diikat dengan reben berwarna hitam.

Bagi tarian kebudayaan, baju penari wanita masyarakat Portugis ialah memakai gaun berwarna merah dengan di bahagian dalam turut dipakai kemeja berwarna putih. Penari lelaki pula berpakaian seperti baju perkahwinan lelaki.

TOP Skip to content