Terdapat seni pertahanan diri tradisional bagi masyarakat Portugis di Melaka yang dikenali sebagai ‘Orsang de Horns’ namun tidak dapat dikenal pasti bagaimana pergerakan dan peralatan yang digunakan. Didapati juga kisah-kisah lama menyatakan terdapat seorang pahlawan Portugis yang gagah perkasa dikenali sebagai San Duan. Kekuatannya sehingga boleh mengangkat batu besar dengan menggunakan tangannya sendiri.
Bagi permainan tradisional pula, terdapat persamaan dengan permainan yang dimainkan oleh penduduk tempatan lain iaitu seperti ‘koku pangkah’, ‘piang’ iaitu gasing, ‘sengolah’ iaitu layang-layang, congkak, bola ’buraku’, bola gantung, bola genting, konda-kondi dan lain-lain.