Tradisi yang sering dilakukan oleh masyarakat melayu semasa menyambut hari raya ialah bermaaf-maafan. Pada hari raya pertama, seluruh ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk bersalam-salaman antara satu sama lain untuk meminta maaf. Ianya bermula dari anak-anak yang paling tua ke muda. Mereka akan mengucapkan “selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”. Aktiviti ini pasti menginsafkan bagi mereka yang sering melakukan kesalahan. Amalan ini juga menjadi kewajipan untuk dilakukan dari dulu sehingga kini setiap kali raya menjelma. Di waktu ini juga waktu yang disukai kanak-kanak kerana setelah meminta maaf mereka akan menerima duit raya daripada ibu-bapa mereka.