Takbir raya juga merupakan tradisi yang wajib dilakukan. Takbir raya biasanya akan dilakukan pada malam raya dan sebelum solat hari raya. Takbir raya ialah cara kita untuk mengagungkan Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran kerana berjaya berpuasa selama sebulan. Tidak lengkaplah sambutan hari raya Aidilfitri tanpa aktiviti bermain bunga api. Aktiviti ini wajib dilakukan khususnya pada malam raya. Ini merupakan aktiviti yang paling diminati oleh kanak-kanak. Bagi orang dewasa pula mereka akan membuat meriam buluh yang akan didengari oleh seluruh kampung. Bunga api dan meriam buluh tidak dapat dipisahkan kerana aktiviti itu yang memeriahkan lagi sambutan hari raya.