Tradisi yang wajib dilakukan setiap kali hari raya ialah kunjung mengunjung. Pada hari raya aidilfitri,ramai yang balik ke kampung untuk menyambut raya bersama sanak saudara di kampung. Oleh itu tuan rumah akan mengadakan rumah terbuka untuk menjemput saudara-saudara yang jauh atau dekat untuk beraya sekali. Rumah terbuka dilakukan untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah mereka. Kunjung mengunjung sudah menjadi kebiasaan dan aktiviti yang wajib dilakukan semasa hari raya aidilfitri kerana pada hari tersebut kita boleh meluangkan masa merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga yang jarang berjumpa kerana kesibukan masing-masing. Kunjung mengunjung juga bukan sahaja dilakukan antara saudara mara sendiri malah sesama jiran tetangga juga boleh dilakukan.