Bengkel Story Teller
Bengkel yang akan diadakan pada 29 hingga 30 April 2025 bertempat di Dewan PERZIM, Jalan Kota Melaka.
- Published in Program
Fiesta Santai Adat Pepatih Negeri Melaka
Fiesta Santa yang akan diadakan pada 26 April 2025 bertempat di Muzium Adat dan Sejarah Naning. Semua dijemput hadir.
- Published in Program
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sambutan akan diadakan pada 23 April 2025 dari jam 10 pagi hingga 4 petang yang bertempat di Pejabat Pentadbiran PERZIM
- Published in Program
Pameran Solo Terbaharu Khalid Rejab
ADA RASA… Pameran Solo Terbaharu Khalid Rejab
Seperti karya-karya terdahulu, Khalid Rejab masih dalam genre abstract expressionist. Di mana karya catan yang menyimpang jauh dari realiti tanpa objek atau subjek yang di rujuk. Semua karya terhasil dari pengalaman dan terbit dari apa yang dirasa bukan difikirkan.. dua elemen yang berbeza. Garisan-garisan dan komposisi warna memainkan peranan dalam setiap karya.
Tumpuan mata tidak tertumpu ke satu arah tapi pada keseluruhan permukaan kanvas sekali gus tiada focal point. Bagi Khalid Rejab abstract expressionist merupakan media untuk meluahkan perasaan pelukis melalui pengalaman estetika.
Karya-karya Khalid Rejab terkini tidak fokus pada satu gaya atau siri, ia merangkumi ekspresi dengan warna-warna tebal, nipis, ruang depan, tengah, belakang. Sapuan untuk membuat apa saja imej, bentuk, kesan dan jalinan.
Elemen-elemen isyarat visual seperti objek, simbol, metafora di hasilkan dengan kombinasi warna-warna harmoni dan kontra. Khalid rejab tidak menghiraukan apa yang dibawa perasaan sehingga ke akhir penghasilan karya.
Lukisan merupakan satu karya yang mempunyai tanggungjawab untuk di sampaikan pada audiens, peminat dan pengkaji.
Khalid Rejab berharap audiens dapat manfaat serta kepuasan melihat pameran solonya kali ini.
Jangan terlalu memerah otak memahami karya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan karya terbaharu Khalid Rejab dengan tajuk ADA RASA yang diadakan di BALAI SENI LUKIS MELAKA bermula 5 Oktober hingga 31 Disember 2023.
- Published in Berita
Galeri Melaka di Jakarta Kini Dibuka
Galeri Melaka di Jakarta telah mula dibuka kepada umum. Galeri ini terletak di satu sudut di dalam Muzium Kesejarahan Jakarta berdekatan Dataran Fatahillah. Penubuhan galeri ini merupakan kolaborasi strategik antara Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan Muzium Kesejarahan Jakarta, Indonesia.
Melalui kolaborasi ini, Galeri Melaka akan ditempatkan di bangunan Stadhuis (Muzium Kesejarahan Jakarta) manakala Galeri Jakarta akan ditempatkan di bangunan Stadthuys (Muzium Sejarah dan Ethnografi).
Kolaborasi antarabangsa ini diharapkan dapat memupuk ilmu dan pengetahuan berkaitan sejarah, warisan dan kebudayaan antara Melaka dan Jakarta serta meningkatkan kedatangan para pelancong kedua-dua buah negara.
- Published in Berita
PAMERAN KARIKATUR SELEBRITI ANTARABANGSA
Jom beramai-ramai mengunjungi Pameran Karikatur Selebriti Antarabangsa yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2023 di Balai Syed Sheikh Al-Hadi (Bastion House).
Pameran ini mengumpulkan karya karikatur artis-artis tempatan seperti Ambo, Imuda, Kamal Nawie, Katon Aqhari, Leen Mafia, Manzar, Maro, Mie, Mok Matsuru, Narami, Pak Yus dan ramai lagi. Tak lupa juga karya dari artis antarabangsa dari Amerika Syarikat, Peranchis, Indonesia, Austria, Canada, Belgium, Mexico dan banyak lagi negara.
- Published in Berita
Lawatan dari TYT Kim Jin Pyo, Speaker Of Korean National Assembly
Lawatan dari TYT Kim Jin Pyo, Speaker Of Korean National Assembly ke Negeri Melaka. Beberapa tempat lawatan dikunjungi antaranya ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Kota Afamosa, Muzium Sejarah dan Etnografi dan Bukit Melaka.
- Published in Berita
Program Outreach – Beach Clean Up
Program Outreach – Beach Clean Up bersama pelajar dan pensyarah Universiti Multimedia Melaka turut serta kakitangan daripada Perbadanan Muzium Melaka, Majlis Pulau – Pulau Melaka dan Jabatan Perikanan Melaka ke Pulau Undan, Pulau Nangka & Pulau Dodol.
- Published in Berita
Pakej Bermalam di Muzium Melaka
Seramai 43 orang peserta beserta pengiring daripada SMK Pasir Putih Johor bermalam di Kompleks Muzium Samudera, Bandar Hilir Melaka.
Antara aktiviti warisan yang peserta terlibat adalah asas ikatan sampin dan asas lipatan tengkolok. Selain lawatan muzium dan kuiz berkumpulan.
Turut serta YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM untuk acara penyampaian hadiah & sijil kepada peserta.
Terima kasih diucapkan kepada guru pengiring yang sudi membawa pelajar bermalam bersama kami.
Semoga ilmu dikongsi bermanfaat untuk semua.
- Published in Berita