Isnin | : | 9.00am - 5.00pm |
Selasa | : | 9.00am - 5.00pm |
Rabu | : | 9.00am - 5.00pm |
Khamis | : | 9.00am - 5.00pm |
Jumaat | : | 9.00am - 5.00pm |
Sabtu | : | TUTUP |
Ahad | : | TUTUP |
Isnin | : | TUTUP |
Selasa | : | 9.00am - 5.30pm |
Rabu | : | 9.00am - 5.30pm |
Khamis | : | 9.00am - 5.30pm |
Jumaat | : | 9.00am - 5.30pm |
Sabtu | : | 9.00am - 5.30pm |
Ahad | : | 9.00am - 5.30pm |
Perayaan
Sebagaimana penganut Kristian yang lain, masyarakat Portugis di Melaka menyambut perayaan-perayaan bercorak keagamaan juga seperti Hari Krismas, Holy Week, Good Friday dan Easter. Namun, terdapat beberapa perayaan khas disambut secara besar-besaran di Perkampungan Portugis iaitu Pesta St. Peter, Pesta Intrudu dan Pesta St. John.
Pesta St. Peter atau juga dikenali sebagai Pesta San Pedro merupakan pesta yang meraikan nelayan. Pesta ini disambut pada 29 Jun setiap tahun secara besar-besaran sejak tahun 1950-an. Perayaan ini diadakan bagi mengagung-agungkan St. Peter yang merupakan salah-seorang pengikut Nabi Isa. Semasa perayaan ini, penduduk kampung akan keluar beramai-ramai untuk bersuka-ria sambil menghias perahu-perahu.
Perahu-perahu juga dihias dengan bendera-bendera kecil dan pelbagai lambang termasuk gambar St. Peter yang ditampal pada setiap perahu yang mengambil bahagian. Beberapa petikan kitab Injil juga ditulis di papan perahu untuk memohon rezeki mereka dimurahkan dengan hasil tangkapan meningkat pada masa hadapan. Pesta ini berlarutan sehingga tiga hari dengan pelbagai kegiatan seperti persembahan kebudayaan, tarian dan nyanyian serta sajian makanan tradisional.
Pesta St. John atau Pesta De San Jao diraikan pada 23 Jun setiap tahun. Pesta ini disambut sebagai menandakan kedatangan Nabi Isa. Sebagai simbolik meraikan kedatangan Nabi Isa, penduduk di Perkampungan Portugis akan menghias tingkap dan beranda rumah mereka. Manakala di setiap penjuru rumah akan dinyalakan lilin. Kanak-kanak pula akan berarak menuju ke pantai dengan pakaian berwarna hijau yang dipanggil ‘vestido verde’ sebagai tanda kegembiraan menyambut kedatangan Nabi Isa.
Pesta Intrudu diadakan pada 18 Februari setiap tahun. Ia diraikan dengan mengadakan acara siram-menyiram air di kalangan ahli keluarga. Pada sebelah tengah hari pula, penduduk kampung akan keluar berarak dengan pakaian beraneka ragam. Perayaan ini dimeriahkan lagi dengan acara jualan kuih-muih dan makanan tradisi masyarakat Portugis. Harga jualan pada perayaan ini lebih murah kerana ia bercorak jualan amal malah sekiranya terdapat baki, pembeli tidak meminta dipulangkan bakinya.
Menurut kepercayaan masyarakat Portugis, semasa perayaan ini, Nabi Isa telah dihidupkan semula dan dinaikkan ke syurga. Selain itu, pesta ini dimeriahkan lagi dengan majlis tari-menari selama tiga hari berturut-turut dan pada hari terakhir, mereka akan keluar beramai-ramai untuk menghadiri upacara sembahyang menandakan berakhirnya perayaan Intrudu.
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota,
75000 Melaka
Email : [email protected]
Tel : +606 333 3333 / +606 282 6526
Fax : (+606) 282 6745
Hakcipta terpelihara Perbadanan Muzium Melaka © 2024.