Deligasi Melaka ke Penang
Pada 27 Julai 2023, GTWHI mengalu-alukan ketibaan rakan sepejuangan daripada Melaka yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan) dianggotai oleh Pn Erne Hamsah (Pengurus Besar, Melaka World Heritage Office), Tuan Jay Yeow (Pengarah, MOTAC Melaka), Drs Mohd Nasruddin Rahman, (Pengurus Besar, PERZIM Muzium & Galeri Melaka), En Sa’ari bin Basiron (Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan Tourism Melaka) Cik Sugu (UPEN Melaka) dan En Nizam (Melaka World Heritage Office).
Kedua-dua Pengurus Tapak Warisan Dunia telah menggunakan peluang ini untuk mendalami peluang kerjasama dan berkongsi cadangan, usaha pelestarian dan usaha mempromosikan Nilai Keunggulan Sejagat Tapak Warisan Dunia George Town dan Melaka.
Kami amat berbesar hati dapat menerima kunjungan daripada deligasi Melaka dan berharap mereka dapat menikmati keindahan Pulau Pinang.
- Published in Berita
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan Sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2023
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua peserta yang terlibat dalam Festival Masakan Warisan Melaka 2023. Turut diadakan juga pengumuman kepada pemenang Gerai
Terbaik . Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Pemenang Gerai
Terbaik:
1. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
2. Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
3. Jabatan Muzium Malaysia
- Published in Berita
INTERNATIONAL TALK ARCHITECTURE HERITAGE AND CULTURE, FAKULTAS TEKNIK UNIVERSITAS NEGERI MAKASSAR 2023
Sekitar program Seminar Antarabangsa Seni Bina Warisan dan Budaya anjuran Fakultas Teknik, Universitas Negeri Makassar. Program ini turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Zaidi bin Attan, Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka bersama barisan para pegawai dari Muzium & Galeri Melaka dan Pusat Kajian Warisan Etnik Mapan (CaSeh), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Encik Nasrulamiazam bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia.
YB Datuk Haji Zaidi bin Attan turut telah menyampaikan ucapan sambutan sempena program seminar tersebut. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Ir. H. Husain Syam, Rektor Universitas Negeri Makassar.
Program seminar ini turut dihadiri oleh para akademik dan pelajar-pelajar, para pegawai dari Balai Purbakala dan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan menampilkan 3 orang pembentang terdiri daripada Encik Faiz bin Mohd Baharom, Kurator Bahagian Pembangunan, PERZIM yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Malacca Heritage Site and Challenges in Malaysia’, Associate Professor Dr. Alice Sabrina binti Ismail, Pengarah CaSeh dan Penyelaras Warisan Program Senibina, UTM yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Cultural Heritage Elements in house form Design of Malaysia Bugis Houses’ dan Dr. Techn. Andi Abidah, Ketua Program Studi Arsitektur, UNM yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Culture and Tradition of Architecture Bugis House in Indonesia’.
- Published in Berita
Sesi Perbincangan Barisan Delegasi Lawatan Dari Muzium Melaka
Sekitar sesi perbincangan barisan delegasi lawatan dari Melaka terdiri daripada Muzium & Galeri Melaka, CaSeh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Timbalan Pengarah Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia bersama Fakultas Teknik, Universitas Negeri Makassar dan Balai Purbakala dan Kebudayaan Sulawesi Selatan.
Diskusi mesyuarat ini telah membincangkan tentang cadangan kolaborasi sebagai rakan sinergi antara kedua pihak melalui jalinan kerjasama khidmat kepakaran, perkongsian pengetahuan teknologi warisan, pelaksanaan penyelidikan dan penerbitan warisan etnik Bugis Nusantara, penganjuran seminar dan simposium permuziuman, program pertukaran anggota pegawai dan mahasiswa serta lain-lain lagi di antara kedua buah negara.
- Published in Berita