Sekitar Program CSR Pemuliharaan Biodiversiti Marin bersama Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Taman Laut Negeri Melaka. Program selama sehari anjuran Pejabat Perikanan Negeri Melaka ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai dan wakil dari beberapa agensi antara nya Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka dan Muzium & Galeri Melaka.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya aktiviti menanam batu karang pada rak propagasi di dasar laut di Pulau Undan, pembersihan ‘Ghost Net’ di Pulau Nangka milik PERZIM serta pembersihan pantai di kesemua 3 Pulau Taman Laut Negeri Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol.