Program Bual Bicara sempena Pameran Menuju Kemerdekaan
Telah berlansung program Bual Bicara sempena Pameran Menuju Kemerdekaan yang diadakan pada 5 Oktober 2022 (Rabu) di Muzium Sejarah dan Etnografi anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Galeri Diraja Tuanku Ja’afar
Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM yang dihadiri oleh pelbagai agensi dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Bharu. Program ini bertujuan menambah pengetahuan dan memahami perjalanan kronologi sejarah kemerdekaan Tanah Melayu selain menanam semangat patriotik serta nasionalisme dalam diri setiap pelawat. Pameran dibuka kepada pelawat mulai 12 September 2022 sehingga 12 Disember 2022.
- Published in Berita
Lawatan Akademik Delegasi Dari Universiti Malaya Dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia Ke Tapak Bersejarah Dan Bangunan Warisan Di Melaka
30hb September 2022 (Jumaat) – Muzium & Galeri Melaka telah menerima kunjungan lawatan dari para delegasi Jabatan Ukur Bangunan, Universiti Malaya dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia ke Muzium Setem Melaka. Lawatan delegasi seramai 8 orang ini telah diketuai oleh Pensyarah Kanan, Penyelarasan Latihan Industri, Jabatan Ukur Bangunan, Universiti Malaya, Dr. Sr. Brit Anak Kayan.
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti Program Penelitian Merdeka Belajar Kampus Merdeka (PMBKM) yang merupakan antara pengisian di dalam Memorandum of Agreement (MOA) antara Universiti Malaya dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia. Para delegasi telah dibawa ke Tapak Projek Konservasi Muzium Setem Melaka bagi mempelajari tatacara pelaksanaan kerja-kerja konservasi yang sedang dilaksanakan.
- Published in Berita
Sesi Perbincangan Deraf Akhir Buku Dari Bukit Katil ke Istana Melaka: Biografi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Sesi perbincangan deraf akhir buku Dari Bukit Katil ke Istana Melaka: Biografi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka oleh pasukan editorial penerbitan.
Perbincangan dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’iyah Mohd Noor selaku Ketua Editor penerbitan, YBhg. Prof. (Adj.) Datuk Wira Dr. Mohd Jamil bin Mukmin dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.
- Published in Berita
Lawatan Pusat Hubungan Industri Dan Masyarakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ke PERZIM
Sekitar lawatan Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ke Muzium & Galeri Melaka. Delegasi lawatan telah disambut oleh YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.
Para delegasi turut telah dibawa ke Pusat Konservasi KASTURI yang juga merupakan pusat pembelajaran konservasi hasil kerjasama antara pihak PERZIM dan UTHM.
- Published in Berita
Program Santai Warisan Bertempat Di Perkarangan Muzium Rakyat
Program Santai Warisan Bertempat Di Perkarangan Muzium Rakyat.
Email : [email protected]
Website : www.perzim.gov.my
Facebook Page : Muzium & Galeri Melaka
YouTube Channel : Melaka Museum
TikTok : @melakamuseum
Contact Office : 06 2826526
Contact WhatsApp : 0196416868
Operations hours : 8.00am-5.00pm
Museum Operations : 9.00am-5.30pm
- Published in Berita
Majlis Ambang Merdeka Peringkat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Pengurus Besar PERZIM, Drs Mohd Nasruddin bin Rahman merasmikan jemputan Majlis Ambang Merdeka Peringkat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Turut serta Koperal Mohd Hafiy Syami bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar, Puan Maharia binti Baharuddin serta semua warga kerja SKBB atas jemputan.
- Published in Berita
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun
Allahyarhamah Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim
(1944-2022)
Salam Takziah kepada
YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob
Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka
dan Seluruh Ahli Keluarga
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
Ikhlas Daripada:
Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengurus Besar dan Seluruh Warga Kerja Perbadanan Muzium Melaka.
- Published in Berita
Majlis Perasmian Pameran dan Pelancaran Buku Seni Khat
Pada 18 Ogos 2022 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pameran dan Pelancaran Buku seni khat dan sejarah cina muslim Melaka 2022 yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka.
- Published in Berita
Kenyataan Sebutharga CCTV
Sila layari : https://perzim.gov.my/tender-sebutharga/
- Published in Berita
Bengkel Ukiran Kayu Tembus
Ketika ini sedang berlangsung Bengkel Ukiran Kayu Tembus di Perkarangan Hadapan Bastion House, Jalan Kota, Melaka. Bengkel ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO kali ke-14.
Program bengkel selama satu hari ini menampilkan tenaga pengajar berpengalaman iaitu Encik Abdul Jalil bin Bahrim, pengukir kayu berpenglaman merangkap staf Muzium & Galeri Melaka. Bengkel ini terbuka kepada semua yang berminat dan para peserta terdiri dalam kalangan para pelajar, guru-guru sekolah rendah dan menengah dan para penjawat awam di seluruh Negeri Melaka.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM.
Antara tujuan penganjuran bengkel ini adalah memberi manfaat kepada para peserta dalam usaha untuk nengekalkan kesenian ukiran kayu di Negeri Melaka khususnya. Ukiran kayu adalah seni yang cukup sinonim dengan identiti masyarakat Melayu, malahan ia telah wujud sejak berabad lamanya. Meskipun dianggap sebagai industri desa, namun ia mempunyai potensi cukup besar kerana dianggarkan terdapat 3,000 spesies sumber kayu di Negara ini. Kayu adalah bahan semula jadi yang sangat sesuai dijadikan ukiran dengan nilai estetika yang tinggi, selain digunakan sebagai komponen tambahan kepada produk lain serta banyak di gunakan dalam pembuatan perabot, kapal dan barang perhiasan.
- Published in Berita