Program CSR Pemuliharaan Biodiversiti Marin
Sekitar Program CSR Pemuliharaan Biodiversiti Marin bersama Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Taman Laut Negeri Melaka. Program selama sehari anjuran Pejabat Perikanan Negeri Melaka ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai dan wakil dari beberapa agensi antara nya Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka dan Muzium & Galeri Melaka.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya aktiviti menanam batu karang pada rak propagasi di dasar laut di Pulau Undan, pembersihan ‘Ghost Net’ di Pulau Nangka milik PERZIM serta pembersihan pantai di kesemua 3 Pulau Taman Laut Negeri Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol.
- Published in Berita
Lawatan oleh His Excellency Jacues Werner, Ambassador of the Kingdom of the Netherlands
Lawatan oleh His Excellency Jacues Werner, Ambassador of the Kingdom of the Netherlands ke Muzium Sejarah
- Published in Berita
Lawatan YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Lawatan YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ke tapak Melaka Alive. Turut serta YB Datuk Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, YBhg. Datuk Akramuddin bin Abdul Aziz, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PERZIM serta YBrs. Puan Fadhilah binti Md Saleh, Pengurus Besar PERZIM.
- Published in Berita
Majlis Perasmian Pameran Kalimah
Majlis Perasmian Pameran Kalimah telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka. Pameran ini telah bermula 15 Mac dan bakal berakhir pada 31 Mei 2023.
Bagi yang masih belum berkesempatan melihat pameran ini masih belum terlambat untuk mengunjungi pameran ini yang bertempat di Balai Seni Lukis Melaka.
- Published in Berita
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
20 Mac 2023 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Pentadbiran kerajaan Negeri Melaka tahun 2022. Majlis ini disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka diiringi YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha kerajaan negeri Melaka. Turut hadir YBrs. Puan Fadhilah binti Md. Saleh, Pengurus Besar, PERZIM.
Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada kakitangan yang lain untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang.
- Published in Berita
Melaka State Museum Officially Opened
Melaka State Museum was officially opened on 19th March 1954. The official opening was formalised by the Melaka Resident Commissioner, Mr. G.E.C Wisdom. The Melaka State Museum was housed in one of the old Dutch colonial heritage buildings. The building was built in 1660 and was also once used as the residence for senior officers of the Melaka State Public Works Department.
The Museum was established to exhibit materials related to the historic cultural development of the state of Melaka since the era of the Malay Melaka Sultanate until Malaya achieved independence. The collections exhibited were in the form of photographs, objects and paintings encompassing heritage materials from the Malay Melaka Sultanate, the Portuguese, Dutch and British.
- Published in Berita
Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh hari ini merupakan hari bersejarah buat negeri Melaka kerana pada 67 tahun dahulu (20 Februari 1956), Padang Bandar Hilir, Melaka dan ratusan ribu orang dari seluruh pelusuk tanah air berhimpun menanti kepulangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang seterusnya mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
- Published in Berita
Sesi Padanan Perniagaan (B2B)
Sesi Padanan Perniagaan (B2B) bersama Delegasi daripada Ural Association of Tourism, Yekanterinburg, Rusia di Baba House Melaka dengan kerjasama Tourism Melaka
- Published in Berita
Lawatan kerja Muzium Sejarah Jakarta
Lawatan kerja Muzium Sejarah Jakarta ke Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi membincangkan cadangan penubuhan Galeri Jakarta di sebuah ruang di Muzium Sejarah Melaka. Sebelum ini pihak PERZIM turut telah ke Jakarta dalam usaha menubuhkan galeri Melaka di Muzium Sejarah Jakarta.
- Published in Berita
Majlis Perasmian Pusat Dokumentasi PERZIM
Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan penubuhan sebuah Pusat Dokumentasi telah dapat direalisasikan oleh pihak pengurusan PERZIM pada tahun 2019. Penubuhan Pusat Dokumentasi ini bagi memudahkan pengurusan, penyimpanan dan akses ke atas kesemua koleksi buku, pelan, peta, bahan audio visual, bahan digital, manuskrip dan lain-lain bahan rujukan yang ada dalam simpanan PERZIM.
Pada tanggal 8 Februari 2023, Pusat Dokumentasi PERZIM telah dirasmikan penubuhannya oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM. Terdahulu koleksi bahan perpustakaan muzium ditempatkan di beberapa bilik yang terhad di beberapa buah muzium seperti di Muzium Islam Melaka, Muzium Belia Malaysia dan Unit Konservasi dan kini fungsi Pusat Dokumentasi PERZIM diperluaskan sebagai pusat Penyimpanan Setempat (One Stop Centre) koleksi perpustakaan berkaitan dengan sejarah dan warisan Melaka dan Malaysia amnya selain memberi khidmat perpustakaan dan bahan rujukan kepada penyelidik dalaman dan luaran.
Sehingga kini kerja-kerja mengenalpasti, mengumpul, merekod, mendaftar koleksi bahan ke dalam sistem pengurusan koleksi perpustakaan terus dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi PERZIM. Majlis dihadiri sama oleh YBrs. Puan Fadhilah binti Md Saleh, Pengurus Besar PERZIM, pegwaai-pegawai kanan PERZIM serta kakitangan perbadanan.
- Published in Berita