Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh hari ini merupakan hari bersejarah buat negeri Melaka kerana pada 67 tahun dahulu (20 Februari 1956), Padang Bandar Hilir, Melaka dan ratusan ribu orang dari seluruh pelusuk tanah air berhimpun menanti kepulangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang seterusnya mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
- Published in Berita
Sesi Padanan Perniagaan (B2B)
Sesi Padanan Perniagaan (B2B) bersama Delegasi daripada Ural Association of Tourism, Yekanterinburg, Rusia di Baba House Melaka dengan kerjasama Tourism Melaka
- Published in Berita
Lawatan kerja Muzium Sejarah Jakarta
Lawatan kerja Muzium Sejarah Jakarta ke Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi membincangkan cadangan penubuhan Galeri Jakarta di sebuah ruang di Muzium Sejarah Melaka. Sebelum ini pihak PERZIM turut telah ke Jakarta dalam usaha menubuhkan galeri Melaka di Muzium Sejarah Jakarta.
- Published in Berita
Majlis Perasmian Pusat Dokumentasi PERZIM
Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan penubuhan sebuah Pusat Dokumentasi telah dapat direalisasikan oleh pihak pengurusan PERZIM pada tahun 2019. Penubuhan Pusat Dokumentasi ini bagi memudahkan pengurusan, penyimpanan dan akses ke atas kesemua koleksi buku, pelan, peta, bahan audio visual, bahan digital, manuskrip dan lain-lain bahan rujukan yang ada dalam simpanan PERZIM.
Pada tanggal 8 Februari 2023, Pusat Dokumentasi PERZIM telah dirasmikan penubuhannya oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM. Terdahulu koleksi bahan perpustakaan muzium ditempatkan di beberapa bilik yang terhad di beberapa buah muzium seperti di Muzium Islam Melaka, Muzium Belia Malaysia dan Unit Konservasi dan kini fungsi Pusat Dokumentasi PERZIM diperluaskan sebagai pusat Penyimpanan Setempat (One Stop Centre) koleksi perpustakaan berkaitan dengan sejarah dan warisan Melaka dan Malaysia amnya selain memberi khidmat perpustakaan dan bahan rujukan kepada penyelidik dalaman dan luaran.
Sehingga kini kerja-kerja mengenalpasti, mengumpul, merekod, mendaftar koleksi bahan ke dalam sistem pengurusan koleksi perpustakaan terus dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi PERZIM. Majlis dihadiri sama oleh YBrs. Puan Fadhilah binti Md Saleh, Pengurus Besar PERZIM, pegwaai-pegawai kanan PERZIM serta kakitangan perbadanan.
- Published in Berita
Majlis Perhimpunan Perbadanan Muzium Melaka
Majlis Perhimpunan Perbadanan Muzium Melaka Bil.1/2023
Turut serta Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PERZIM, YBhg. Datuk Akramuddin bin Abd Aziz dan Pengurus Besar PERZIM YBrs. Puan Fadhilah binti Md Saleh.
- Published in Berita
Pertandingan Melukis Doodle sempena program Santai Warisan
- Published in Berita
Pengunjung Bertuah Muzium Rakyat sempena Program Santai Warisan
Tahniah kepada Puan Nurul Hana binti Mahad dan keluarga yang merupakan pengunjung bertuah pembeli tiket ke-100 sempena program Santai Warisan. Terima kasih kami ucapkan kerana berkunjung ke muzium dan Selamat Hari Lahir kepada Puan Hana.
- Published in Berita
Tahniah PERZIM atas kemenangan Pertandingan Air Bandong Soda
Tahniah PERZIM atas kemenangan Pertandingan Air Bandong Soda anjuran Jabatan Muzium Malaysia di Muzium Negara. Turut serta Pengurus Besar PERZIM.
- Published in Berita
Majlis Perasmian Persidangan Rumpun Melayu Sedunia (RUMIA) dan Karnival Kearifan Lokal
Majlis Perasmian Persidangan Rumpun Melayu Sedunia (RUMIA) dan Karnival Kearifan Lokal
Tarikh: 28 November 2022
Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Masa: 9.00 pagi.
Program Persidangan Rumpun Melayu Sedunia (RUMIA) dan Karnival Kearifan Lokal merupakan kesinambungan dari program memartabatkan bahasa Melayu melalui kebudayaan, kesenian dan kearifan lokal. Persidangan Rumpun Melayu Sedunia (RUMIA) dan Karnival Kearifan Lokal juga menjadi salah satu acara bagi pengisian sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI. RUMIA yang bertemakan Peradaban Melayu, Peradaban Dunia ini amat dekat dengan UPSau yang bertapak di Lembah Bernam pada 100 tahun yang lalu sebagai medan melahirkan Budiman untuk membentuk watan.
Pengukuhan jati diri bangsa melalui program memartabatkan bahasa Melayu yang berlansung pada Mei 2022 yang lalu turut disusuli dengan program berteraskan kebudayaan dan kesenian dengan tidak melupakan kearifan lokal.
Sempana program ini, PERZIM turut mengambil bahagian mengadakan Pameran Seni Ukiran Rumah Melayu Melaka serta jualan buku-buku terbitan PERZIM. Selain itu terdapat demonstrasi ukiran oleh Encik Jalil. Pameran diadakan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam.
- Published in Berita