LAWATAN KERJA KE MUZIUM BUDAYA BORNEO
Sekitar lawatan delegasi para pegawai Muzium & Galeri Melaka ke Muzium Budaya Borneo, Kuching, Sarawak. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar, Perbadanan Muzium Melaka. Seramai 30 orang pegawai terdiri dari pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya Melaka, MOTAC Melaka, Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka dan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka telah menyertai lawatan ini.
Lawatan kerja ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pegawai yang terlibat di dalam kerja-kerja membaikpulih Galeri Kebudayaan Portugis di Ujong Pasir dan kerja-kerja menaiktaraf Hang Tuah Centre di Kampung Duyong, Melaka. Kedua-dua projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dibawah Peruntukan Khas Naiktaraf Infrastruktur dan Pergiat Promosi Kampung-kampung Budaya Negeri Melaka.
- Published in Berita
FESTIVAL KERIS ANTARABANGSA MELAKA 2022
Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersama Persatuan Warisan Adat Keris Melaka (PEWARIS) akan mengadakan Festival Keris Antarabangsa Melaka 2022.
Festival Keris Antarabangsa Melaka 2022 ini akan menghimpunkan para koleksi dan pengusaha-pengusaha seni pembuatan keris dari seluruh Malaysia. Program festival ini juga dijangka akan mendapat penyertaan dari para peserta dari negara-negara jiran seperti Sulawesi dan Kepulauan Riau, Indonesia, Patani, Thailand dan Singapura.
Pelbagai program dan acara pertandingan menarik akan diadakan seperti :
📌 Pertandingan Keris
📌 Pameran Keris Antik
📌 Bengkel Pengenalan Keris Melayu
📌 Demonstrasi Mengukir Hulu, Menempa dan Membuat Keris
📌 Demonstrasi Mencuci Keris
📌 Demonstrasi dan Pertandingan Memanah Tradisional
📌 Bengkel Destar dan Tanjak
📌 Pertandingan Busana Melayu
📌 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
📌 Wayang Pacak
📌 Jualan kraf
📌 Tunggangan Kuda dan Menaiki Kereta Lembu
📌 Persembahan Silat
📌 Dan lain-lain lagi…
Jangan ketinggalan untuk datang dan hadir sama ke Festival Keris Antarabangsa Melaka 2022 pada ketentuan berikut :
📅 12 – 13 November 2022
🕜 9.00 pagi – 5.00 petang
📍Hang Tuah Centre, Perkampungan Hang Tuah, Kampung Duyong, MELAKA
Muat Turun Borang
– BORANG PERTANDINGAN KERIS ANTIK TERBUKA
– BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BUSANA
– BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEWARNA
- Published in Berita
Majlis Menandatangani Kolaborasi Strategik Antara Perbadanan Muzium Melaka Dan Universiti Teknologi Malaysia
Sekitar majlis menandatangani kolaborasi strategik antara Muzium & Galeri Melaka dan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM.
Dalam usaha memajukan bidang permuziuman, PERZIM terus menjalinkan kerjasama sebagai rakan sinergi dengan pihak universiti-universiti tempatan. Antara usaha kerjasama yang dijalinkan adalah melalui projek Pelestarian Citra Kemasyhuran Warisan Negeri Melaka menerusi rangkaian Augmented Reality (AR) pemetaan 3D dan fotogrametri koleksi artifak di dalam muzium.
Melalui penggunaan kaedah teknologi baru ini dapat mempromosikan industri pelancongan kreatif mengikut peredaran teknologi terkini serta menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke muzium.
Antara objektif kerjasama ini adalah bagi menjalinkan kerjasama di dalam kerja-kerja penyelidikan warisan, membina landasan ilmu warisan dan kemanusiaan melalui penganjuran wacana ilmu serta penerbitan-penerbitan ilmiah dan mencetus inovasi baru melalui perkongsian teknologi dari pelbagai bidang.
- Published in Berita
Sesi Kunjung Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP)
Sesi Kunjung Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) kepada Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka.
Tujuan utama kunjung hormat diadakan adalah untuk membincangkan kerjasama strategik antara ITP dan PERZIM.
Turut hadir sama dalam sesi kunjung hormat tersebut pegawai PERZIM, En. Shukry bin Abdullah dan Puan Siti Rohani.
Semoga setiap perkara yang dibincangkan akan dapat direalisasikan.
- Published in Berita
Program Bual Bicara sempena Pameran Menuju Kemerdekaan
Telah berlansung program Bual Bicara sempena Pameran Menuju Kemerdekaan yang diadakan pada 5 Oktober 2022 (Rabu) di Muzium Sejarah dan Etnografi anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Galeri Diraja Tuanku Ja’afar
Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Akramuddin bin Ab. Aziz Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM yang dihadiri oleh pelbagai agensi dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Bharu. Program ini bertujuan menambah pengetahuan dan memahami perjalanan kronologi sejarah kemerdekaan Tanah Melayu selain menanam semangat patriotik serta nasionalisme dalam diri setiap pelawat. Pameran dibuka kepada pelawat mulai 12 September 2022 sehingga 12 Disember 2022.
- Published in Berita
Lawatan Akademik Delegasi Dari Universiti Malaya Dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia Ke Tapak Bersejarah Dan Bangunan Warisan Di Melaka
30hb September 2022 (Jumaat) – Muzium & Galeri Melaka telah menerima kunjungan lawatan dari para delegasi Jabatan Ukur Bangunan, Universiti Malaya dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia ke Muzium Setem Melaka. Lawatan delegasi seramai 8 orang ini telah diketuai oleh Pensyarah Kanan, Penyelarasan Latihan Industri, Jabatan Ukur Bangunan, Universiti Malaya, Dr. Sr. Brit Anak Kayan.
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti Program Penelitian Merdeka Belajar Kampus Merdeka (PMBKM) yang merupakan antara pengisian di dalam Memorandum of Agreement (MOA) antara Universiti Malaya dan Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia. Para delegasi telah dibawa ke Tapak Projek Konservasi Muzium Setem Melaka bagi mempelajari tatacara pelaksanaan kerja-kerja konservasi yang sedang dilaksanakan.
- Published in Berita
Sesi Perbincangan Deraf Akhir Buku Dari Bukit Katil ke Istana Melaka: Biografi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Sesi perbincangan deraf akhir buku Dari Bukit Katil ke Istana Melaka: Biografi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka oleh pasukan editorial penerbitan.
Perbincangan dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’iyah Mohd Noor selaku Ketua Editor penerbitan, YBhg. Prof. (Adj.) Datuk Wira Dr. Mohd Jamil bin Mukmin dan YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.
- Published in Berita
Lawatan Pusat Hubungan Industri Dan Masyarakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ke PERZIM
Sekitar lawatan Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ke Muzium & Galeri Melaka. Delegasi lawatan telah disambut oleh YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.
Para delegasi turut telah dibawa ke Pusat Konservasi KASTURI yang juga merupakan pusat pembelajaran konservasi hasil kerjasama antara pihak PERZIM dan UTHM.
- Published in Berita
Program Santai Warisan Bertempat Di Perkarangan Muzium Rakyat
Program Santai Warisan Bertempat Di Perkarangan Muzium Rakyat.
Email : [email protected]
Website : www.perzim.gov.my
Facebook Page : Muzium & Galeri Melaka
YouTube Channel : Melaka Museum
TikTok : @melakamuseum
Contact Office : 06 2826526
Contact WhatsApp : 0196416868
Operations hours : 8.00am-5.00pm
Museum Operations : 9.00am-5.30pm
- Published in Berita
Majlis Ambang Merdeka Peringkat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Pengurus Besar PERZIM, Drs Mohd Nasruddin bin Rahman merasmikan jemputan Majlis Ambang Merdeka Peringkat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Turut serta Koperal Mohd Hafiy Syami bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar, Puan Maharia binti Baharuddin serta semua warga kerja SKBB atas jemputan.
- Published in Berita